baby by me

Sunday, January 24, 2010

..selamat tinggal..


Isnin,11.04pagi - dah lama tak posting kat blog aku ni. Hari ni, mood aku tak berapa nak okey. Pagi tadi, bas sekali lagi lambat seperti hari- hari yang sebelumnya walaupun kali ini jalan di presint 8 tidaklah sesak seperti selalu. Aku pun hairan kenapa bas menuju ke presint 2 berpusu- pusu sedangkan bas ke kompleks ABCDE hanya dua bas sahaja itu pun kalau bernasib baik, adakalanya hanya 1 buah saja yang lalu. Melihat kepada bilangan staf yang tinggal di presint 8 tidaklah seorang dua tetapi ramai sehingga menyebabkan hanya sebuah atau dua buah bas saja yang disediakan. Setiap hari mood akan terganggu dengan perkhidmatan bas yang amat teruk sekali di presint 8 ni. Well, bukan itu saja faktor yang membuatkan mood ku terganggu. Sejak Jumaat lepas aku cuba menyembunyikan diri dari si dia. Bagiku perhubungan ini tiada masa depan dan hanya memberikan kedukaan dan penyeksaan walaupun aku tahu dia dalam proses berubah tapi tidak sedaya mungkin pada perkiraanku. Sampai bila aku hendak bersabar dan menanti perubahannya itu sedangkan hatiku seakan pudar terhadapnya. Buat dirinya, maafkanlah diriku yang terpaksa mengundurkan diri kerana aku tidak mahu menyesal kemudian hari. Biarlah kita mengambil jalan hidup yang berlainan demi kebaikan kita bersama. Doaku semoga kau menemui 'bahagia', biarkanlah aku pergi.




doaku semoga kau bahagia selamanya








No comments:

Post a Comment